About Us

Zianafolks was established in this new millennium year, as a gratitude
towards Malaysian International Celebrity, Ziana Zain.

With the ever growing number of fans who are involved in the fanclub,
Zianafolks have thus further stretched its wings not only in Malaysia,
but also in Singapore and Brunei.

Coming from a flock of enthusiastic, fun and loving people, Zianafolks is
often engaged in gathering and bonding activities, be it with the presence
of Ziana, or otherwise. Some of which remain memorable are 'Relax with
Ziana Zain at Janda Baik' and also 'License to Party with Ziana Zain
at Port Dickson' which took place early this year.

In supportive of it, AbsoluteZiana provides you with the latest updates
and line-ups of Zianafolks and Ziana's activities, in the near days to come.

Therefore, do visit us often and be part of us, today!

Keep 'Ya Eyebrow Up^

Thursday, October 29, 2009

Ziana Tunjuk Si Kembar Januari 2010

Dipetik dari murai.com.my
Oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2009: Selepas melahirkan sepasang kembar Julai lalu, penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain, 41, nampaknya masih terus berdiam diri.

Ada pihak beranggapan, tindakan Ziana itu umpama menyorokkan anak kembarnya daripada mendapat liputan pihak media. Walhal begitu ramai peminat yang nyata sekali ingin melihat sepasang wajah comel milik Ziana dan suaminya, Armin Zaharin.

Menafikan tindakan Ziana itu sebagai lari daripada media, pengurus penyanyi berkenaan, Lisa Aryanti Tahir berharap supaya pihak media dan peminat dapat bersabar kerana Ziana tetap akan membuat kemunculan semula.

Lisa yang ditemui ketika majlis Ulang Tahun EH! 10 Yang Anggun di sini, Sabtu lalu berkata, Ziana dijangka akan membuat kemunculan pada Januari 2010 bersama sepasang kembarnya yang kini sudah memasuki usia lebih 3 bulan.

Di kesempatan itu juga, Lisa turut berkongsi nama pasangan kembar itu yang diberikan nama Muhammad Ariel Armin Zaharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin.

"Saya faham terlalu ramai peminat dan pihak media yang mahu melawat Ziana. Bagaimanapun permintaan itu tidak dapat Ziana penuhi buat masa ini. Maklum sajalah bayi kembar itu masih kecil dan Ziana tidak bersedia untuk menerima pelawat," katanya.

Ariel dan Nour Kaseh telah selamat dilahirkan pada 23 Julai lalu. Meskipun masa kelahiran 3 minggu lebih awal daripada jangkaan, namun kedua-dua bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dengan berat 2.1 kilogram (Ariel) dan 1.7 kg (Nour Kaseh).

Lisa menambah, seperti juga kelahiran 2 bayinya yang terdahulu Muhammad Aiman dan Muhammad Ammar, Ziana kini sedang bersiap sedia untuk 'memasang badan' sebelum berhadapan dengan pihak media Januari nanti.

Jelasnya lagi, buat kesekian kalinya Ziana telah menyambung kontraknya bersama produk rawatan kecantikan badan Slim World dan jenama jam tangan antarabangsa Omega.

"Ya, buat masa sekarang Ziana sedang sibuk ulang alik daripada mendapatkan rawatan di Slim World dan mengamalkan pantang larang tradisional kerana dia mahu mendapatkan berat badan asalnya iaitu 52 kg," katanya.

Lisa berkata, artisnya itu sama sekali tidak sabar menanti tibanya Januari nanti untuk berkongsi seberapa banyak pengalaman melahirkan bayi kembarnya bersama pihak media kerana Ziana bercadang tidak mahu mengandung lagi selepas ini.

Posted by Zianafolks, Ziana Zain's Official Fanclub
10/29/2009 08:04:00 PM

________________________________________________________________________


Wednesday, July 29, 2009

Ziana Selamat Lahir Anak Kembar

Teks oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2009: Dengan tempoh 3 minggu lebih awal, penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain, 41, telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan, di sebuah hospital swasta di Shah Alam, di sini kira-kira jam 10 pagi tadi.


Berita menggembirakan ini telah disahkan pengurus Ziana, Liza Aryanti Tahir, kepada murai.com.my sebentar tadi.Katanya, penyanyi Lembah Asmara itu yang masih belum sedar ketika ini, melahirkan bayi lelaki seberat 2.1 kilogram, diikuti pula bayi perempuan (1.7 kg) yang masing-masing dalam keadaan sihat tanpa mengalami sebarang komplikasi ketika kelahiran.


"Syukurlah semuanya telah selamat. Kedua-dua bayi kembar Ziana itu dilahirkan secara pembedahan kerana tekanan darah Ziana tidak menentu. Ziana sepatutnya melahirkan anaknya pada pertengahan Ogos depan, bagaimanapun telah dimasukkan hospital lebih awal sekitar jam 8 malam semalam kerana telah mula sakit-sakit.


"Sekarang Ziana masih tidur dan akan pulang ke rumah dalam masa terdekat. Apa yang boleh saya katakan di sini, bayinya sangat comel tetapi masih belum diberikan nama," kata Lisa dengan gembira.Lisa berkata, Ziana kini ditemani suami tercinta, Armin Zaharin yang turut bersyukur kerana bayi kembar mereka itu telah dilahirkan pada tarikh yang sama iaitu 1 Syaaban seperti mana anak kedua mereka, Muhammad Ammar.


Bagaimanapun Lisa berkata, buat masa ini Ziana masih belum bersedia menerima sebarang pelawat terutama pihak media dan akan hanya menunjukkan wajah bayi kembarnya itu pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.


Ini adalah anak Ziana & Armin selepas Muhammad Aiman, 8, dan Muhammad Ammar, 5, selepas mereka mendirikan rumah tangga sejak 9 Mei 1998. Tahniah daripada murai.com.my!



Darah Tinggi: Ziana Masih Dirawat
KL, 27 JULAI 2009: Berita kelahiran sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan Ziana Zain dan suaminya, Armin, nyata menggembira semua peminat lagu Menadah Gerimis itu. Ziana selamat melahirkan anaknya itu secara pembedahan baru-baru ini, di sebuah hospital swasta di Shah Alam, 3 minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan sebenar.


Dalam perkembangan terbaru, Murai Batu dengar khabar Ziana masih lagi dirawat di hospital terbabit kerana keadaan dirinya kurang sihat kerana masih mengalami tekanan darah tinggi selain banyak kehilangan darah tempoh hari.


Biasalah, ramai wanita hamil akan berada dalam komplikasi seperti itu, apatah pula Ziana pertama kali melahirkan anak kembar.


Tapi sumber terdekat dengan Ziana memberitahu peminat usahlah khuatir dan terus-teruslah mendoakan kesihatan Ziana yang masih lagi dalam pengawasan doktor. Apabila dia betul-betul kuat dan sihat, barulah Ziana dan 2 anak kembarnya yang comel itu akan dibenarkan pulang ke rumah.

Posted by Zianafolks, Ziana Zain's Official Fanclub
7/29/2009 06:14:00 PM

________________________________________________________________________


Sunday, June 07, 2009



Cerita Ziana Zain mengandung bukanlah lagi rahsia dan ramai juga telah mengetahui bahawa penyanyi lagu Lembah Asmara dan Puncak Kasih itu sedang mengandungkan anak kembar.

Terbaru yang sampai ke telinga Murai Batu, Ziana dikatakan telah pergi membuat ujian imbasan kandungan dengan pakar perubatan dan mendapat khabar yang menggembirakan bahawa anak kembarnya itu adalah lelaki dan perempuan!


Bagaimanapun, kata sumber itu, Ziana akan membuat satu lagu ujian imbasan 3-D apabila kandungan mencecah 8 bulan tidak lama lagi bagi mengesahkan lagi perkara itu. Murai Batu tahu, apabila Ziana dilaporkan mengandung anak kembar, ia bukan sesuatu yang mengejutkan keluarganya kerana ibu Ziana sendiri juga mempunyai pasangan kembar. Jadi ia ada kaitan dengan unsur genetik dalam salasilah keluarga Ziana dan Anuar Zain sendiri.


Dalam pada itu, rakan wartawan di murai.com.my cuba juga bertanya pihak Ziana kalau-kalau boleh mengambil gambar terbaru Ziana itu namun permintaan itu belum dapat dipenuhi buat masa ini. Dengar kata keadaan fizikal Ziana memang sangat besar berbanding ketika dia hamil dulu, maklumlah kali ini kan anak kembar.Tak mengapa, kita faham dengan situasi Ziana yang tengah sarat dan perlu banyak berehat. Murai Batu dan kaum kerabat murai.com.my dari jauh hanya mendoakan kesejahteraan Ziana agar dapat melahirkan anaknya itu dengan selamat nanti.


Murai Batu: Siapa tahu, selepas Erra Fazira, mungkin ada pihak pula terlintas untuk terbitkan pogram realiti TV untuk bayi kembar Ziana pula.




Cak: Kaki Ziana cepat kebas


Maklumlah, masing-masing tidak sabar-sabar mahu melihat dan merakam wajah terkini Ziana. Dengar cerita, ibu jelita ini sarat dan semakin berisi.


Menurut sumber terdekat Ziana, kakak kepada Anuar Zain ini memang berhajat turut serta dalam Anugerah Industri Muzik, Mac lalu, tetapi terpaksa akur dengan keadaan yang tidak mengizinkan.Maklumlah kandungannya semakin besar, kembar pulak tu. Lagipun dia tidak boleh duduk terlalu lama kerana kakinya terasa kebas.Kata sumber itu lagi, Ziana juga serba salah bila terpaksa menolak permintaan ramai teman media yang ingin merakam gambarnya. Bukan dia malu dengan keadaan fizikal yang semakin membulat, tetapi bimbang tidak dapat bagi kerjasama berikutan keadaannya.

Dengar kata, kali ini lain macam sikit pengalaman Ziana berbanding kandungan terdahulu. Alahannya agak teruk dan badannya lemah. Dan, kerana itu dia tidak mahu terikat dengan mana-mana komitmen. Setidak-tidaknya, tidak ada yang merungut andai dia tidak dapat mengotakan janji.Jalan terbaik, lebih baik dia menolak dan tampil bila benar-benar sihat kelak. CAK hormati cara Ziana kerana tahu anak Pak Zain ini profesional orangnya.

Sebagai orang lama dalam industri, pasti dia tahu apa yang terbaik untuknya.Apapun, CAK doakan semoga Ziana kental menghadapi dugaan hamil kali ini. Jangan lupa khabarkan pada CAK bila bayi dalam kandungan dilahirkan.

Posted by Zianafolks, Ziana Zain's Official Fanclub
6/07/2009 05:39:00 PM

________________________________________________________________________


Thursday, April 30, 2009

Pantang dan Petua Ziana


Masih tertanya-tanya pantang dan petua artis kegemaran anda?
Dapatkan Koleksi Pantang dan Petua Artis, edisi khas Media Hiburan, dengan harga RM 7.90 sahaja!

Posted by Zianafolks, Ziana Zain's Official Fanclub
4/30/2009 08:46:00 PM

________________________________________________________________________


Friday, April 24, 2009

Lagi Senang Sendirian?


Dapatkan Media Hiburan, Edisi terhad (25 April - 1 Mei 2009).

Posted by Zianafolks, Ziana Zain's Official Fanclub
4/24/2009 11:25:00 AM

________________________________________________________________________


Thursday, March 26, 2009

AIM 16

Lagu Pop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. Cinta Adam Dan Hawa – Azmeer – Loloq – Misha Omar
2. Dingin – Azlan Abu Hassan – Azalea – Ziana Zain
3. Ketentuan – Azlan Abu Hassan – AD Samad – Ramlah Ram
4. Lagu Kita – Aizat Amdan – Aizat Amdan – Aizat
5. Sampai Di Sini – Ajai – Slen – Misha Omar


Tahniah diucapkan buat Azlan, Azalea dan Ziana!

Posted by Zianafolks, Ziana Zain's Official Fanclub
3/26/2009 10:11:00 PM

________________________________________________________________________


Tuesday, February 17, 2009

Relaks at Redang

Terlalu sibuk dengan kerja sekolah?
Masa anda sering dipenuhi dengan jadual kerja?
Tiada masa untuk membuat perancangan perlancongan?

Usah risau. Usah khuatir.
Kini Zianafolks menyaji kan anda peluang yang anda nanti-nantikan melalui




Untuk semua folks yang ingin turut serta, sila membuat bayaran deposit:


RM150 ke Akaun MAYBANK Kak Dora -Warga Malaysia
$50 KE Akaun POSB SAVINGS JANSZ -Warga Singapura



SILA MAKLUM
1- Sila email ke zianafolks@yahoo.com dengan butiran mengenai anda, sekiranya anda berminat untuk menyertai ekspedisi ini
2- Harap semua yang ingin menyertai ekspedisi ini dapat memberikan kerja sama anda untuk membayar deposit anda sebelum 28 Februari 2009.
3- Untuk keterangan lanjut (kos keseluruhan, aktiviti, tempat penginapan, resort dan makanan), sila rujuk kepada poster yang terdapat di dalam email ini, atau lungsuri http://www.zianafolks.net/, bahagian "Ziana Zain Fanz/ Zianafolks".
4. Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda, dengan harapan, ia diambil sebagai salah satu inisiatif untuk mengeratkan lagi silratuh rahim dan menjalinkan persabahatan yang lebih kukuh antara satu sama lain.

Posted by Zianafolks, Ziana Zain's Official Fanclub
2/17/2009 09:41:00 PM

________________________________________________________________________


Saturday, February 07, 2009

Ziana hamil anak kembar

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain, 40, hari ini memberitahu beliau kini hamil tiga bulan dan kandungannya disahkan kembar.


Penyanyi yang popular dengan lagu Menadah Gerimis itu berkata, dia cukup teruja dan tidak menyangka akan mendapat anak kembar.


“Saya juga sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menimang cahaya mata dan ini semua adalah rezeki daripada Allah,” jelasnya dalam nada gembira ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Ziana tidak menolak kemungkinan rezeki mengandung anak kembar mewarisi keturunan sebelah ibunya, Robiah Abdul yang juga merupakan pasangan kembar.


“Buat masa ini, semuanya berjalan lancar dan tentang simptom seperti mabuk dan lemah badan, itu perkara yang memang saya tidak boleh elak. Walaupun sudah tiga kali hamil, saya tetap mengalaminya,” ujar pelakon filem Sembilu itu.


Sumber: www.utusan.com.my

Posted by Zianafolks, Ziana Zain's Official Fanclub
2/07/2009 11:00:00 AM

________________________________________________________________________


Monday, February 02, 2009

Ziana hamil lagi

GEMPAR seketika sekumpulan wartawan hiburan di Balai Berita minggu lalu apabila mendapat khabar berita kononnya Ziana Zain terbabit dalam kemalangan jalan raya. Siapalah agaknya yang suka menjaja cerita palsu, sedangkan empunya diri sedang enak dibuai mimpi dan beristirehat di rumah ketika itu.Raja sebenarnya tak mudah percaya apabila mendengar cerita artis itu meninggal dunia, artis ini kemalangan jalan raya kerana ada kalanya benar, ada ketikanya palsu. Kalau cerita betul tak apalah, tapi kalau cerita palsu, tak ke menyakitkan hati. Raja sudah beberapa kali terkena dengan cerita palsu yang sengaja direka-reka. Agaknya dah tiada kerja lain, buatlah kerja yang mendatangkan kebaikan, bukan menyusahkan!


Sebenarnya bukan itu yang nak dibebelkan, di sebalik cerita Ziana kemalangan jalan raya, Raja dengar Ziana bakal menimang cahaya mata ketiga. Khabarnya, Ziana sedang hamil lebih dua bulan. Itupun Raja menerima perkhabaran daripada kelab peminat Ziana. Patutlah Raja lihat Ziana mengah semacam saja ketika Anugerah Juara Lagu 23, baru-baru ini.Kalau betullah Ziana hamil lagi, Raja dan team B*Pop ucapkan tahniah pada Ziana dan Armin. Yalah, tentunya Ziana dan Armin impikan cahaya mata perempuan pula selepas mendapat dua anak lelaki. Muhammad Aiman, 8, dan Muhammad Ammar, 5, pun sudah besar, jadi tak salahlah percaturan Ziana nak hamil lagi.


Cuma yang Raja risaukan bagaimana dengan album Ziana. Sudah lama Ziana tak muncul dengan album baru, rasanya sudah lebih enam tahun. Lagu Dingin ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik, Azalea bakal dimuatkan dalam album Ziana yang masih belum siap itu. Dulu, Ziana pernah beritahu Raja, dia menantikan waktu sesuai untuk muncul dengan album baru, ketika itu Ziana baru saja melahirkan Ammar.


Tahun demi tahun album Ziana tak juga siap sehinggalah syarikat rakaman yang dinaunginya, EMI (M) Sdn Bhd ditutup, album Ziana masih tak siap. Apa jadi dengan album yang sudah lama terperap itu agaknya? Nak dibekukan ke?


RAJA: Sedang menunggu Erra Fazira bersalin bulan depan. Tak sabar nak tengok bayinya.

Posted by Zianafolks, Ziana Zain's Official Fanclub
2/02/2009 09:17:00 AM

________________________________________________________________________


Friday, January 30, 2009

My Starz

Tujuh orang peserta My Starz LG iaitu Wana, Hairi, Mimie, Nashrin, Cassie, Feroq dan Azri masih kekal untuk konsert yang ke-10 setelah tiada penyingkiran minggu lalu. Namun, minggu ini mereka harus lebih bersedia untuk meninggalkan pentas My Starz LG memandangkan penyingkiran pasti berlaku! Jika minggu lalu mereka menyanyikan lagu-lagu ‘Pop’, kali ini mereka akan menyanyikan lagu-lagu yang menjadi pilihan guru vokal, Lah Ahmad berdasarkan kemampuan vokal setiap peserta.


Mereka akan diadili oleh oleh juri tetap, Hattan dan Liza Hanim bersama dengan guru vokal dan penyanyi yang tidak asing lagi, Zainal Abidin sebagai juri undangan. Konsert ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi jemputan, Ziana Zain.


Tarikh : 1 Februari 2009 (Ahad)
Masa : 7.30 malam (Siaran langsung bermula jam 8.00 malam)
Tempat : Dewan Auditorium, MBSA Shah Alam

Posted by Zianafolks, Ziana Zain's Official Fanclub
1/30/2009 09:52:00 AM

________________________________________________________________________


Latest Info


Aktiviti Ziana Zain Terkini

Disember 2008 - Januari 2009


Anugerah Bintang Popular Berita Harian


Links

Contact Us

Zianafolks Malaysia
Email: zianafolks@yahoo.com

Zianafolks Singapore
Email: zianafolks.sg@gmail.com

Zianafolks Brunei

Graphic Designer

DINGIN.wma -