|
With the ever growing number of fans who are involved in the fanclub,
Coming from a flock of enthusiastic, fun and loving people, Zianafolks is
In supportive of it, AbsoluteZiana provides you with the latest updates
Therefore, do visit us often and be part of us, today!
Keep 'Ya Eyebrow Up^

Zianafolks was established in this new millennium year, as a gratitude
towards Malaysian International Celebrity, Ziana Zain.
Zianafolks have thus further stretched its wings not only in Malaysia,
but also in Singapore and Brunei.
often engaged in gathering and bonding activities, be it with the presence
of Ziana, or otherwise. Some of which remain memorable are 'Relax with
Ziana Zain at Janda Baik' and also 'License to Party with Ziana Zain
at Port Dickson' which took place early this year.
and line-ups of Zianafolks and Ziana's activities, in the near days to come.
Posted by Karlreef @ Zianafolks forum
QKQI: Ziana Zain - Bagaikan Digantung Tak Bertali....
ENTAH di mana silapnya, setelah tujuh tahun berehat daripada bidang lakonan dan kini diberi peranan penting dalam filem Qabil Kushri Qabil Igam, penyanyi dan pelakon Ziana Zain bagaikan digantung tidak bertali oleh penerbitnya, Sonata Filem.
Ziana yang memegang peranan sebagai Rani dalam filem itu memberitahu, beliau dan tiga lagi artis utama iaitu Hans Isaac (Kushri), Erra (Karisma) dan Yusry (Igam) kini menunggu waktu dipanggil semula untuk ke lokasi. ``Saya tidak tahu apa masalahnya. Tetapi selepas saya menjalani penggambaran dua minggu di Tanjung Karang dan Paya Jaras, saya tidak lagi dipanggil ke lokasi. Tetapi saya dah dengar pihak penerbit mengalami masalah untuk meneruskan penggambaran.
``Baru-baru ini mereka ada panggil saya untuk berbincang tetapi saya beritahu, beri saya waktu dan mungkin saya akan bertemu mereka selepas Minggu Setiausaha di Hotel Quality Shah Alam pada 20 April ini,'' kata Ziana.
Menurut Ziana, mengikut kontrak antaranya dengan syarikat berkenaan, filem itu dijangka menjalani penggambaran selama 72 hari.``Setakat ini saya baru menjalani penggambaran antara 10-15 peratus daripada filem itu. Insya-Allah jika saya dipanggil sambung semula penggambaran, saya akan ke lokasi kalau waktunya sesuai.
``Sebagai penyanyi, saya mempunyai jadual show dan penerbit sudah pun bersetuju dengan jadual penggambaran itu. Jadi saya harap bila perbincangan diadakan, mereka akan menerima jadual saya,'' kata Ziana.
Sementara itu, Penerbit Eksekutif Sonata Filem, Hisham A. Karim ketika dihubungi menafikan penggambaran filem pertama syarikatnya itu dihentikan disebabkan masalah kewangan.``Kami terpaksa menghentikan penggambaran buat sementara waktu kerana beberapa masalah. Tetapi apa yang ingin saya tegaskan ia bukanlah masalah kewangan. Kami mempunyai bajet yang cukup. Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar, penggambaran filem ini akan disambung semula tidak lama lagi,'' kata Hisham.
Ditanya apakah punca itu kerana Sonata membuat bayaran terlalu tinggi kepada empat pelakon utamanya, Hisham tegas menjelaskan: ``Tidak, itu bukanlah masalahnya! Memanglah jika melihat nama pelakonnya anda pun boleh tahu macam mana bayaran untuk mereka tetapi ia tidak menjejaskan bajet kami kerana semuanya sudah ada dalam perkiraan kami.''
Haiz...Pontianak Menjerit nampaknye beres tapi QKQI tak...same2 kite nantikan lah ye. Moge problem tu dapat diatasi.
Februari
Teater Antara

Gambar-gambar Ziana Zain sewaktu Teater Muzikal tersebut boleh didapati melalui
http://runwitme.blogspot.com/2010/02/muzikal-antara-photo-tribute.html
atau
Akaun Facebook 'Ziana Zain'
____________________________________________________________________
Mac
Teater Muzikal Gamat

____________________________________________________________________
April
Mentor

____________________________________________________________________
September
Magika
