
![]() |
With the ever growing number of fans who are involved in the fanclub,
Coming from a flock of enthusiastic, fun and loving people, Zianafolks is
In supportive of it, AbsoluteZiana provides you with the latest updates
Therefore, do visit us often and be part of us, today!
Keep 'Ya Eyebrow Up^
Zianafolks was established in this new millennium year, as a gratitude
towards Malaysian International Celebrity, Ziana Zain.
Zianafolks have thus further stretched its wings not only in Malaysia,
but also in Singapore and Brunei.
often engaged in gathering and bonding activities, be it with the presence
of Ziana, or otherwise. Some of which remain memorable are 'Relax with
Ziana Zain at Janda Baik' and also 'License to Party with Ziana Zain
at Port Dickson' which took place early this year.
and line-ups of Zianafolks and Ziana's activities, in the near days to come.
Ziana tetap ampuhOleh Hanisah Selamat
GANDINGAN Ziana dan Ramlah mengundang sorakan.ZIANA Zain masih menyengat dengan vokal bagus dan persembahan bertenaga yang cukup menghiburkan. Gandingan bersama Dee, selaku pengacara majlis ‘menghidupkan’ lagi suasana ceria sempena sambutan Minggu Setiausaha Hotel Quality City Centre Kuala Lumpur.
Biarpun beberapa hotel dan penganjur lain terlebih dulu mengadakan acara seumpamanya dengan barisan artis yang tidak kurang hebatnya, penyanyi yang mula popular meenrusi lagu Madah Berhelah itu tetap di hati penggemar apabila khabarnya bilangan meja terpaksa ditambah disebabkan Ziana.
Nyata, keunggulan ibu kepada dua cahaya mata yang semakin langsing itu masih mampu menggamit kehadiran ramai bukan saja setiausaha bersama bos masing-masing, malah peminat yang sentiasa mengikuti persembahannya.
Sebelum kemunculan Ziana, dewan Sogo City Arena, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur yang boleh memuatkan kira-kira 600 pengunjung itu meriah dengan gelak tawa hadirin sebaik saja Dee muncul di tengah pentas dan mengatur lawak bersahajanya. Seperti biasa, sudah tentu bos dan setiausaha menjadi ‘mangsa’ pelakon dan pelawak itu. Walaupun sudah beberapa kali menyaksikan penampilan Dee dalam acara sebegitu, setiap kali muncul pasti ada saja idea baru ditonjolkannya.
Tiada siapa mampu menafikan keampuhan vokal Ziana. Seperti dijanjikan, artis yang rajin berceloteh ini menyampaikan rangkaian dendangan popularnya sejak zaman anak dara serta beberapa pilihan lagu Inggeris.
Anggun mengenakan gaun panjang rona salju rekaan Micheal Ong, Ziana membuka pentas bersama Sangkar Cinta disusuli Lembah Asmara. Bertambah rancak apabila dia memilih lagu Can’t Take My Eyes Of You diiringi empat penari. Untuk tidak mengecewakan hadirin, beliau memilih 10 lagunya yang disampaikan secara medley termasuk Madah Berhelah, Anggapanmu, Bersama Akhirnya, Putus Terpaksa, Kasihku Pertahankan, Syurga Di Hati Kita dan Puncak Kasih.
Amat menakjubkan apabila Ziana mampu menyampaikan lagu dengan key tinggi sambil duduk bersantai. Ternyata percaturan hotel berkenaan menampilkan artis itu sungguh bertepatan malah pengunjung seakan tidak mahu berganjak dari tempat duduk masing-masing.
Tidak lupa menyampaikan lagu Hindi daripada filem Andaaz, Zindegi Eksafar, Ziana dan Dee mengundang dua setiausaha dan bos sebagai penyanyi latar. Derai tawa terus bergema melihat telatah mereka yang cukup sporting.
Sebagai gimik, artis yang turut bergelar duta Slim World itu menjemput penyanyi idolanya, Ramlah Ram untuk berduet membawakan lagu Apa Khabarmu Di Sana dan Selamat Jalan Romeo. Kedua-duanya sama menarik, sama hebat.
Selain Ziana, Hotel Quality City Centre Kuala Lumpur dan Shah Alam mengundang penyanyi Indonesia, Kris Dayanti selain Sheila Majid dan Ning Baizura.
Februari
Teater Antara
Gambar-gambar Ziana Zain sewaktu Teater Muzikal tersebut boleh didapati melalui
http://runwitme.blogspot.com/2010/02/muzikal-antara-photo-tribute.html
atau
Akaun Facebook 'Ziana Zain'
____________________________________________________________________
Mac
Teater Muzikal Gamat
____________________________________________________________________
April
Mentor
____________________________________________________________________
September
Magika